Menteri dekati staf KKM fahami bebanan tugas

PUTRAJAYA, 30 Mei — Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bebanan kerja dalam kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan satu omongan kosong. 

Menteri Kesihatan berkata keluhan kakitangan KKM adalah realiti yang sedang diberi perhatian serius oleh kerajaan. 

“Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kekangan sumber manusia, beban kerja yang tinggi dan gejala burnout dalam kalangan petugas. 

“Ini bukan rungutan kosong tetapi luahan jujur daripada mereka yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan awam kita. 

“Isu-isu ini kini dalam penelitian dan perhatian serius saya bersama pasukan di KKM. Insya Allah, akan kita tangani sebaik mungkin,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan. 

Katanya, lawatan ke hospital itu membuka ruang bagi memahami tekanan yang dialami kakitangan KKM.

“Saya duduk bersama hampir semua ketua jabatan untuk mendengar sendiri pandangan, keluhan dan cadangan mereka. 

“Saya percaya laporan rasmi sahaja tidak cukup. Kita mesti turun padang, menilai realiti di lapangan dan memahami denyut nadi warga kerja KKM sendiri.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga HRPZ II atas sambutan mesra dan komitmen tinggi,” katanya. 

Dr Dzulkefly berkata semoga apa yang diusahakan menjadi sebahagian daripada perjalanan membina sistem kesihatan yang lebih adil, berdaya tahan dan berteraskan ihsan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...