Menteri: ASEAN tiada hasrat lancar sekatan Myanmar

KUALA LUMPUR, 25 Mei — Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan ASEAN tidak berhasrat mengenakan sekatan terhadap Myanmar susulan sikap tentera junta yang mengabaikan Konsensus Lima Perkara.

Menteri Luar itu berkata ASEAN bagaimanapun mengalu-alukan sokongan negara serantau dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Myanmar. 

“Kita tidak mahu ambil tindakan luar daripada itu kerana kita mahu pastikan isu dalaman ASEAN, biarlah ASEAN yang menyelesaikannya.

“Bagaimanapun, kita mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan daripada pihak luar terutama dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, Konsensus Lima Perkara menjadi tonggak penting dalam usaha menyelesaikan konflik di Myanmar. 

“Tidak ada masalah pada konsensus ini jika ada kejujuran dan keikhlasan kerana yang kita perlukan adalah supaya mereka menghentikan permusuhan.   

“Mereka juga perlu berunding dan berbincang bersama-sama dengan membawa semua pihak selain memastikan tiada halangan bantuan kemanusiaan.

“Apabila sudah bersama-sama nanti, kita akan pastikan supaya Myanmar dapat mewujudkan semula sebuah kerajaan demokratik sepenuhnya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...