MENGANGKAT SUMPAH

1. Dalam acara (prosedur) tertentu komitmen kepada sesuatu janji atau cadangan sumpah dilafaz. Biasanya di Malaysia sumpah ini menyebut nama Allah. Demikian sumpah bermula dengan “Wallahi, Wabillahi Watallahi”.

2 . Bersumpah tidak boleh dipandang ringan. Tindakan undang-undang boleh diambil bagi sesiapa yang tidak endah sumpah. Bagi orang Islam jika sumpah tidak dijunjung, ia menjadi dosa besar.

3. Islam memandang begitu serius sumpah sehingga melarang bersumpah melainkan dengan niat yang benar untuk menunaikan janji yang dibuat. Dalam mahkamah tiap saksi dikehendaki bersumpah. Jika kemudian kenyataan yang dibuat olehnya tidak seperti sumpah yang dilafaz ia akan dihukum salah oleh hakim.

4. Sesungguhnya masyarakat terima sumpah sebagai kebenaran perkara yang telah dilakukan atau akan dilakukan. Sumpah terhadap sesuatu boleh diterima sebagai benar.

5 . Sebab itu pihak yang melafazkan sumpah mesti tunaikan sumpahan yang telah dilafazkan. Jika tidak ditunai maka pihak yang bersumpah akan dihukum dengan hukuman tertentu.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

14 Mei 2025

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga nahas FRU 

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Sultan Pahang menzahirkan ucapan...

Rafizi seru pimpinan muda kenang jasa veteran PKR

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PEJUANG: PKR macam ‘gladiator’, alih fokus rakyat

KUALA LUMPUR, 14 MEI — Ketua Penerangan PEJUANG menggesa...

Maut hisap vape, menteri tubuh jawatankuasa khas 

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...