Menang dengan akhlak, Saifuddin seru kempen pakai hujah 

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Setiausaha Agung PKR menggesa jentera yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning terus menyemai akhlak mulia. 

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata menjelang kempen yang akan berkhir esok, petugas dinasihatkan mendekati pengundi dengan penuh berhemah.  

“Saya meninjau sendiri suasana kempen PRK Ayer Kuning. Dalam keghairahan berkempen, saya pesan kepada semua agar terus berhemah kerana politik kebencian bukan cara kita.

“Kita lawan dengan hujah, kita menang dengan akhlak. Insya Allah, kemenangan akan jadi milik calon Barisan Nasional (BN) Dr Yusri Bakir,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook milikya hari ini mengulas bahang kempen PRK Ayer Kuning yang akan berakhir esok.

PRK Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). 

PN meletakkan ketuanya di bahagian Tapah, Abd Muhaimin Malek manakala PSM menampilkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Bawani KS.

Saifuddin berkata pengundi Ayer Kuning wajar memilih calon BN memandangkan kelayakan akademik serta wakil kerajaan pusat dan negeri.

Katanya, PN diingatkan tidak menyalah guna imej Islam dengan menghamburkan kata nista kepada calon BN.

“Kamu parti Islam tiada masalah tetapi maki-hamun bukan akhlak Islam. Hal itu di mana pun kita boleh bahas. 

“Baca sirah nabi dan sahabat, tiada siapa pun akan jumpa kalimah maki-hamun,” katanya menerusi video kempen yang diadakan kelmarin. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Bimbang hujan, SPR seru pengundi keluar lebih awal

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Tiba awal, tiga calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi 

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Hari pengundian Pilihan Raya...

Erma: Pengurus pesantren ditahan, Bidaah capai objektif

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Penerbit Erma...

Tun Mahathir tuntut Zahid mohon maaf isu hartanah UMNO

KUALA LUMPUR, 25 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...