MCW beri 10 cadangan pulihkan industri bas ekspres 

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera memulihkan industri bas ekspres negara. 

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata 10 pendekatan yang boleh diambil Perdana Menteri dalam memastikan insiden meragut nyawa tidak berulang. 

“Kami ingin merakamkan kebimbangan mendalam terhadap insiden kemalangan membabitkan bas ekspres yang semakin kerap dan membimbangkan. 

“Tragedi yang meragut nyawa ini bukan sekadar nahas jalan raya tetapi mencerminkan kegagalan sistemik dalam pengurusan keselamatan industri pengangkutan awam berat.

“Lebih menyedihkan banyak cadangan penambahbaikan yang sudah dikemukakan sejak sekian lama disabotaj atau ditolak pengusaha bas sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri menerusi 10 cadangan penambahbaikan industri bas ekspres. 

10 cadangan berkenaan termasuk menggesa penubuhan semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan kad pemandu pintar bersepadu. 

MCW turut menggesa pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas, pemantauan had laju melalui sistem GPS dan gaji berpatutan kepada pemandu. 

Pemandu juga digesa menjalani latihan profesional bertaraf diploma selain pengharaman tayar celup, pemeriksaan lebih kerap, siasatan forensik dan hukuman lebih menyeluruh. 

Jais berkata apa yang dicadangkan MCW itu berpandukan objektif menyelamatkan nyawa rakyat yang langsung tidak boleh dikompromi demi keuntungan industri.  

Katanya, kerajaan diseru bertindak tegas, berani dan segera dalam mengangkat reformasi pengangkutan awam negara.

“MCW sedia berbincang, menyumbang tenaga dan idea terkini bagi menyokong inisiatif ini. 

“Segala keprihatinan Perdana Menteri terhadap cadangan kami ini amatlah disanjung tinggi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...