MB Selangor bantu kempen PRK Zafrul? Soal Isham

KUALA LUMPUR, 4 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyifatkan Datuk Seri Amirudin Shari seperti tidak memahami percaturan politik yang sedang berlaku di Selangor.

Isham Jalil berkata jika benar berlaku kekosongan kerusi maka adakah Menteri Besar Selangor itu sanggup berkempen untuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.  

“Saya tengok kamu ini macam tiada klu apa yang sedang berlaku. Mana kamu tahu ini pandangan parti kamu secara keseluruhan? Kamu bukan presiden parti. 

“Kamu sudah tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kalau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikosongkan untuk Tengku Zafrul bertanding menjadi menteri besar, adakah kamu akan bantu?

“Cakap betul-betul. Jangan tipu,” katanya menerusi video yang disiarkan di laman Facebook miliknya semalam mengulas sidang media Amirudin. 

Amirudin ketika ditemui media mendakwa isu pertukaran Menteri Besar Selangor belum menjadi realiti kerana Pakatan Harapan mahu melengkapkan pemerintahan dengan aman.   

Katanya, kekosongan kerusi DUN Sungai Tua yang diwakilinya tidak akan berlaku dengan mudah dan ia memerlukan satu penelitian yang wajar.   

 Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...