MB puji pentadbir Petaling terbit buku COVID-19

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Menteri Besar Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada pentadbir daerah Petaling kerana berjaya menghasilkan buku mengenang cabaran pandemik COVID-19.

Datuk Seri Amirudin Shari berkata penerbitan buku berkenaan melambangkan ketamadunan yang akan diceritakan kepada generasi akan datang.

“Buku ini adalah dokumentasi hasil kerja keras dan simbol kecekalan, ketabahan serta daya fikir luar biasa pentadbir negeri Selangor ketika berdepan pandemik COVID-19.

“Ketika COVID-19 melanda ketika itu, saya melihat sendiri kecekalan penjawat awam Selangor khususnya di daerah Petaling di mana kes tertinggi dicatatkan di Malaysia saban hari.

“Mendokumentasikan pengalaman seperti ini adalah pelaburan ketamadunan. Ia menyimpan ilmu dan mewariskan hikmah untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di aplikasi X selepas merasmikan buku “Selangkah Kehadapan: Pengalaman Pentadbir Petaling Mendepani COVID-19”.

Katanya, buku yang dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia itu menggambarkan cabaran pentadbir Daerah Petaling berdepan Perintah Kawalan Pergerakan dan kempen vaksinasi.

“Dengan sokongan berterusan, saya yakin industri buku dan ekonomi kreatif di Selangor akan terus berkembang, memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai hab ilmu dan budaya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...