Maut hisap vape, menteri tubuh jawatankuasa khas 

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti isu penggunaan rokok elektronik (vape) khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jawatankuasa itu ditubuhkan berikutan seorang mangsa yang dikaitkan dengan penggunaan vape meninggal dunia.

“Mereka [ahli jawatankuasa] akan bermesyuarat dalam waktu terdekat dan seterusnya akan mengemukakan pandangan serta syor kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini mengulas penggunaan vape yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat.  

Katanya, Bahagian Kesihatan Awam (BKA) KKM kini sedang menjalankan penelitian terhadap impak penguatkuasaan dan perundangan sedia ada melibatkan vape.

“Ketika ini, kita sedang meneliti keberkesanan peraturan sedia ada dan pemantauan terhadap kes-kes berkaitan vape,” katanya.

Kebimbangan masyarakat terhadap penggunaan vape semakin meruncing selepas tular video 10 saat memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menghisap vape.

Lebih membimbangkan seorang pengguna vape meninggal dunia minggu lalu selepas mengalami komplikasi kesihatan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...