Mat Sabu kenang Paus Francis lantang kecam Zionis

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Parti AMANAH merakamkan ucapan takziah atas pemergian Paus Francis yang menghembuskan nafas terakhirnya Isnin lalu. 

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata AMANAH melahirkan rasa simpati atas pemergian Francis yang lantang mengecam kezaliman Zionis.

“Dalam detik paling gelap umat manusia menyaksikan genosid di Gaza, Francis tampil sebagai suara yang tidak gentar. Beliau tegas menyatakan kekejaman rejim Zionis di Gaza.

“Satu kenyataan yang membongkar kemunafikan banyak pemimpin dunia yang memilih untuk mendiamkan diri, malah ada yang bersubahat.

“Lebih daripada sekadar kata-kata, Francis meniupkan semangat ke dalam jiwa penganut Katolik di Eropah dan seluruh dunia untuk bangkit menentang ketidakadilan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pemergian Francis Isnin lalu. 

Upacara persemadian Francis akan diadakan Sabtu ini di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom sesuai dengan hasrat paus itu sebelum meninggal dunia.

Jasad Francis ketika ini ditempatkan dalam keranda terbuka di sebuah gereja kecil di rumah tetamu Santa Marta yang juga bekas kediamannya.

Francis, 88, meninggal dunia akibat angin ahmar dan kegagalan jantung pada pagi Isnin Easter. 

Mohamad yang mesra disapa Mat Sabu berkata Francis membuktikan menentang kekejaman rejim Zionis bukan semata-mata isu politik atau agama.

Katanya, Francis membuktikan penentangan terhadap Zionis adalah perjuangan kemanusiaan yang melangkaui batas sempadan dan kepercayaan.

“Di saat pemimpin Arab memilih berdiam diri atau lebih malang berdakapan mesra dengan mereka yang menzalimi rakyat Palestin, Francis berdiri teguh di sisi mangsa.

“Alangkah eloknya jika pemimpin dunia Arab mampu berkaca pada keberanian Francis — bukannya sekadar menjadi jaguh di pentas kemewahan tetapi dayus di medan keadilan.

“Di tengah-tengah kebiadaban Zionis, sebilangan mufti dan ulama memilih untuk membisu seribu bahasa kerana lebih sibuk menjaga kepentingan kuasa dan takhta,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...