Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang

PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Maria Chin Abdullah bagi memulakan semakan kehakiman mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 2022.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tiga panel hakim sebulat suara menolak permohonan itu selepas mendapati tiada isu baharu untuk diberikan kebenaran.

“Tiga hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat tidak ada mana-mana soalan Perlembagaan mahupun perundangan yang baru, menarik dan wajar perlu diberi keputusan. 

“Atas dasar itu Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran merayu oleh Maria terhadap proses penghinaan mahkamah yang sedang berjalan,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Istana Kehakiman di sini hari ini mengulas keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Persekutuan. 

Haniff Khatri bersama Datuk Zainul Rijal Abu Bakar merupakan peguam pemerhati bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

Tiga panel hakim hari ini diketuai Datuk Nordin Hassan bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. 

Maria pada April 2022 dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana mengkritik keputusan hakim memenjarakan bekas isteri seorang ahli perniagaan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan Maria untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah.

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu kemudiannya memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Sivil pada 2021.

Mahkamah Tinggi Sivil pada Ogos 2022 memberi kebenaran kepada Maria untuk memulakan semakan kehakiman yang kemudiannya ditolak Mahkamah Rayuan pada November tahun lalu.

Zainul Rijal berkata dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan konsep pengasingan kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. 

Katanya, perkara berkenaan terkandung dalam Perkara 121 dan Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan.

“Mahkamah memutuskan sudah menjadi undang-undang yang mantap bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dijelaskan dalam Perkara 121 dan Perkara 121 (A).

“Dalam keputusan hari ini, pihak Maria tidak lagi boleh meneruskan rayuan di Mahkamah Sivil dan prosiding di Mahkamah Syariah boleh diteruskan.

“Ia untuk menjelaskan mengapa beliau tidak menghina mahkamah. Itu haknya untuk menjelaskan. Jelas Mahkamah Persekutuan menjelaskan bidang kuasa pengkomitan,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...

AGC akan rayu kes Syed Saddiq, kata SPRM

PUTRAJAYA, 25 JUN — Tan Sri Azam Baki memaklumkan...

Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang  PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan...