MARA utamakan hafiz cemerlang taja ke luar negara 

KUALA LUMPUR, 30 APRIL — Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan hafiz dan hafizah yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diutamakan untuk pembiayaan ke luar negara. 

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendekatan itu selari dengan Dasar Tahfiz Negara yang digagaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mulai tahun ini, pelajar cemerlang SPM yang juga hafiz dan hafizah akan diberikan keutamaan untuk pembiayaan pengajian ke luar negara. 

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA untuk memasukkan dasar ini ke dalam polisi pembiayaan bermula tahun ini.

“Matlamatnya, kita mahu melahirkan lebih ramai huffaz profesional yang akan memimpin negara dalam pelbagai bidang strategi berteraskan Al-Quran dan nilai Ulul Albab,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Katanya, inisiatif yang diumumkan itu merupakan usaha yang digerakkan di bawah Program Pembangunan Bakat Muda MARA. 

“Insya Allah kita sama-sama lahirkan generasi Ulul Albab pengemudi tamadun bangsa masa depan dan membina generasi khaira ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Asyraf berkata tawaran berkenaan tidak hanya dibuka kepada pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab. 

Katanya, hafiz cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh, sekolah menengah agama dan maahad tahfiz juga layak untuk memohon. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...