Manchester United Mencatat Rekod Terburuk Dibawah Kendalian Ruben Amorim

MANCHESTER, ENGLAND: Ruben Amorim menyifatkan situasi di Manchester United (MU) sebagai “memalukan” apabila harus membincangkan ancaman penyingkiran.

Namun, selepas kekalahan 2-0 kepada Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin, beliau mengakui, itulah realiti yang dihadapi pasukannya.

Gol tandukan awal oleh Alexander Isak dan Joelinton memberikan Newcastle kemenangan, sekali gus menambahkan kekalahan MU kepada lima dalam enam perlawanan liga terakhir mereka.

Kelab itu kini memasuki tahun baru di tangga ke-14 liga, lebih dekat dengan zon penyingkiran berbanding kedudukan Liga Juara-Juara.

“Saya fikir (penyingkiran) adalah kemungkinan dan kita perlu jujur dengan penyokong. Kita perlu mengubah sesuatu, tetapi musim ini akan menjadi sangat sukar untuk semua orang. Ia mungkin menjadikan kita lebih kuat dan kita perlu berjuang,” kata Amorim.

“Pada masa ini, ia juga salah saya kerana saya rasa pasukan tidak menunjukkan peningkatan, malah tampak hilang arah. Sebagai jurulatih MU, kalah banyak perlawanan sangat memalukan. Tetapi kita perlu hadapi saat-saat sukar seperti ini dalam hidup.”

Permulaan karier Amorim di MU jauh daripada sempurna, dengan lima kekalahan dalam lapan perlawanan liga pertama – rekod terburuk bagi seorang pengurus Manchester United dalam 103 tahun.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rafizi seru PH-BN bincang elak insiden Zafrul berulang

KUALA LUMPUR, 1 JUN — Rafizi Ramli menggesa pimpinan...

Peguam: Kerajaan berganti, veteran masih tuntut pencen

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 31 MEI — Peguam kanan...

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...