Malaysia-Thailand sasar perkukuh kerjasama ekonomi

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar pada Isnin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra menggalakkan pihak berkuasa berkaitan kedua-dua negara untuk meneroka kerjasama yang lebih kukuh melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Digital Economy Promotion Agency of Thailand dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia pada 2023.

Ini, kata mereka, bertujuan mewujudkan persekitaran kondusif yang dapat menarik pelabur budiman untuk menyokong syarikat teknologi berpotensi di kedua-dua negara.

Kedua-dua Perdana Menteri juga mengalu-alukan perbincangan lanjut oleh para pegawai dari kedua-dua negara mengenai skim ‘Enam Negara, Satu Destinasi’ yang dicadangkan oleh Thailand.

“Sehubungan itu, kedua-dua negara bersetuju menimbang potensi kempen bersama untuk mempromosikan secara bersama inisiatif ‘Visit Malaysia 2026’ dan ‘Amazing Thailand Grand Tourism Year 2025’,” katanya.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...

TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya...

Fitnah Khairy, mahkamah arah pendakwah bayar RM2.5 juta

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Pendakwah bebas, Ustaz Abu...

Polis selesai rakam cakap ketua pengarang, pereka grafik Sin Chew

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Ketua Polis Negara memaklumkan...