MAIS bimbang ancaman SIS jika rayuan fatwa diterima

KUALA LUMPUR, 18 JUN — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan terdapat implikasi besar jika Sisters in Islam (SIS) berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan esok.  

Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata jika keputusan esok tidak berpihak kepada MAIS, maka SIS berpeluang mencabar fatwa-fatwa yang lain, lapor Harian Metro. 

“Kita berharap keputusan tersebut akan memihak kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor.

“Kita tahu bahawa isu berkaitan SIS Forum ini adalah isu besar yang mana keputusan fatwa negeri Selangor dicabar pertubuhan itu. 

“Sekiranya [keputusan] tidak memihak kepada kita, ia akan membolehkan mereka mencabar apa sahaja fatwa selepas ini dan implikasinya sangat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Program Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar di Shah Alam hari ini. 

Mahkamah Persekutuan akan bersidang esok bagi memutuskan sama ada rayuan SIS terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2023 diterima atau ditolak. 

Jawatankuasa Fatwa Selangor sebelum ini mengisytiharkan SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Salehuddin berkata keputusan Mahkamah Persekutuan esok penting dalam memberi impak kepada institusi fatwa bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri lain. 

Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan esok dapat mengelakkan masyarakat Islam terkeliru dengan fatwa dikeluarkan ulama yang boleh dicabar begitu sahaja.

“Sudah tentu akan berikan impak kepada negeri lain juga sebab SIS Forum bukan hanya bergerak aktif di Selangor tetapi di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...