Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sekaligus meninggalkan UMNO.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata pengumuman berkenaan disusuli hasratnya menyertai PKR.  

“Saya sudah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli MKT, Ketua UMNO Kota Raja dan ahli UMNO.

“Saya sudah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung Fuziah Salleh.

“Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli PKR,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook miliknya malam ini. 

Beliau berkata keputusan untuk meninggalkan UMNO bukan satu keputusan yang mudah dan ia dibuat selepas meminta nasihat Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Katanya, keputusan untuk meninggalkan UMNO dibuat selepas membuat pertimbangan mendalam sejak mula menyertai UMNO pada 1997. 

“Akhirnya, keputusan ini dibuat selepas bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang banyak memberi sokongan dan dorongan.

“Jasa anda tidak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...