Mahu haramkan UMNO, Dr Akmal tolak jemputan Tun M

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Dr Muhamad Akmal mendakwa UMNO tidak akan menerima pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai Sekretariat Orang Melayu (SOM).  

Ketua Pemuda UMNO berkata bekas Perdana Menteri itu pernah cuba mengharamkan parti Melayu terbesar dan kini cuba meraih simpati.  

“Orang yang sama juga mahu mengharamkan UMNO ketika mereka berada di tampuk kuasa. Kini bila tiada kuasa, lain pula gayanya.

“Terima kasih Tun Mahathir. Kami menghargai pelawaan Tun tetapi kami masih tidak lupa apa yang terjadi.

“Hendak bersatu bangsa ini biarlah datang daripada hati yang ikhlas kerana sayangkan agama dan bangsa, bukan hanya ingin mendapatkan jawatan untuk diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas penubuhan SOM oleh Tun Mahathir.

Tun Mahathir kelmarin mendakwa SOM ditubuhkan untuk kembali memperjuangkan kuasa politik Melayu selepas ia tidak dipandang serius oleh kerajaan.

Katanya, SOM akan menyatukan orang Melayu di bawah satu payung besar demi mengembalikan kekuatan politik dan mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...