Mahkamah Tinggi lepas, bebas Yusoff Rawther

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Muhammed Yusoff Rawther.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata Yusoff tidak perlu dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah kanabis dan memiliki dua pucuk pistol palsu.

“Atas keterangan yang ada di hadapan saya, adalah tidak selamat untuk saya memanggil tertuduh membela diri,” katanya ketika membacakan penghakimannya hari ini.

Muhammad Jamil berkata pihak pendakwaaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusof dalam dua tuduhan tersebut. 

Yusoff pada September 2024 didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah kanabis seberat 305 gram.

Dia dituduh memiliki bahan terlarang itu dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 6 September 2024.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

Yusoff didakwa sekali lagi pada Oktober 2024 di mahkamah sama atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...