Mahkamah Persekutuan benar rayuan SIS cabar fatwa Selangor

PUTRAJAYA, 19 JUN — Sisters In Islam (SIS) hari ini berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan terhadap pengisytiharan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membacakan penghakiman itu melalui keputusan majoriti.    

Tengku Maimun hari ini bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menyertai panel ialah Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Tengku Maimun berkata fatwa tersebut masih sah setakat mana ia merujuk kepada individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat.

Katanya, golongan yang menyeleweng daripada ajaran Islam perlu bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytiharkan SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menerusi fatwa yang diwartakan pada Julai 2014. 

Fatwa itu mengisytiharkan SIS Forum atau mana-mana kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme dan pluralisme menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ia juga menggesa mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural terhadap Islam hendaklah diharamkan dan dirampas.

Pengasas SIS Forum Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim merayu penghakiman yang dibuat Mahkamah Rayuan.

Mahkamah tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman SIS dengan memutuskan isu fatwa adalah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...