Madani pun liberal, jangan mudah labet sesat, kata Zaid

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 20 JUN — Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak tertentu tidak menyempitkan fahaman liberal kerana ia menjadi pendekatan kerajaan Madani pada hari ini. 

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata antara yang diterapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah keterbukaan yang mirip kepada konsep liberalisme. 

“Kalau demokrasi itu liberal, adakah kita mahu tutup Parlimen kita? Kita hendak tutupkah kebebasan yang disebut-sebut oleh Anwar iaitu Madani.

“Beliau pun kata terbuka itu liberal. Jadi patutnya Madani pun dianggap liberal. Patutnya sesatlah. Jadi kita tidak perlulah cepat hendak melabel orang itu liberal dan sesat,” katanya.

“Sesat ini jika betul-betul sesat,” katanya kepada Inspirasi Channelz ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang melepaskan SIS Forum daripada fatwa Selangor. 

Zaid berkata keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tepat apabila tidak mengaitkan SIS Forum dengan fatwa yang diwartakan pada 2014.

Katanya, SIS Forum banyak memberikan khidmatnya terutama kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. 

“Saya melihat mahkamah mempertahankan prinsip undang-undang. SIS Forum ini badan kebajikan membantu orang susah terutama wanita yang menghadapi masalah rumah tangga. 

“Kalau mereka dituduh sesat maka usaha kegiatan SIS itu akan terbantut. Semalam adalah satu keputusan yang baik,” katanya.  

Zaid berkata badan bukan kerajaan (NGO) yang masih skeptikal dengan aktiviti Forum SIS seharusnya lebih memahami makna liberal yang sebenar. 

Katanya, NGO yang terlibat seharusnya berfikiran lebih terbuka dan melihat sudut positif aktiviti yang dijalankan SIS Forum. 

“NGO yang marah kepada SIS Forum ini apa jasa mereka kepada masyarakat selain bercakap? Mereka tidak ada asas. Apa salahnya liberal? Apa maksud liberal?

“Liberal itu bermakna kita terbuka, bukan ertinya kita ini kafir. Pandangan mereka ini jangan terlalu ekstrem. Perlu ada asas ilmiah sebelum mereka buat kenyataan. 

“LIberal itu apa ertinya? Adakah demokrasi itu liberal?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...