Loke sedia jadi ‘bad boy’ halang aktiviti bas pajak

KUALA LUMPUR, 13 JUN — Anthony Loke bersedia menjadi bad boy dalam usaha membasmi kegiatan bas pajak yang berleluasa dalam negara.

Menteri Pengangkutan itu berkata usaha tersebut perlu mendapat sokongan Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia (PPBBM) dalam mendedahkan pihak terlibat.

“Persatuan perlu tuding jari semua pengusaha ini, perlu kita senarai hitam, tendang mereka keluar daripada persatuan, buatlah macam itu, kita akan bantu.

“Persatuan patut bantu kita, kalau dia tahu pemilik itu, patutnya persatuan senarai hitam syarikat itu atau pun menyatakan secara terbuka untuk membantu membersihkan industri.

“Saya tidak jadi masalah hendak jadi bad boy. Bagi senarai, kita terus gantung dan batal lesen-lesen ini,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Gazette. 

PPBBM hari ini mendakwa perbuatan memajak permit bas ekspres dan persiaran melibatkan ribuan kenderaan yang sedang beroperasi di seluruh negara.

Pengerusinya, Zainal Abidin Mehat berkata bayaran pajakan sekitar RM500 sebulan dan ia hanya terbongkar selepas kemalangan maut membabitkan pelajar sebuah universiti.

Loke berkata PPBBM seharusnya membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat berhubung kegiatan bas pajak di Malaysia. 

Katanya, kerajaan tidak harus dipersalahkan jika PPBBM tidak mendedahkan perbuatan berkenaan yang sudah berleluasa sekian lama.

“Saya harap jangan menuding jari. Kita pun tahu, tetapi bagi pihak syarikat, mesti ada bukti perjanjian antara dua pihak. Ia tidak diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan (MoT).

“Pajak itu antara pemilik permit dan pengusaha bas. Kalau kita tidak siasat atau kita minta bagi dokumen atau pun apa-apa rekod, mereka tidak dedahkan kepada kita. 

“Kalau dia tahu atau industri tahu, patut dia laporkan kepada MOT dan pihak berkuasa. Kalau persatuan bas tahu ada pajak permit, patut dia lapor kepada kita,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...