Loke: Kerajaan kaji pengehad laju elak nahas berulang

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Menteri Pengangkutan memaklumkan kerajaan sedang merangka dasar mewajibkan pengehad kelajuan bagi kegunaan kenderaan berat. 

Anthony Loke berkata dasar itu sedang diteliti secara menyeluruh termasuk menutup sebarang ruang manipulasi selepas dikuatkuasakan kelak. 

“Saya amat sedih dan terkesan menerima berita nahas tragis yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Lebuhraya Timur–Barat, Gerik. 

“Setiap nyawa yang terkorban adalah satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi kepada masa depan negara. Saya merakamkan ucapan takziah kepada semua.

“Kami komited melindungi pengguna jalan raya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak memenuhi piawaian,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas kemalangan maut membabitkan 15 pelajar UPSI. 

Katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas terlibat. 

“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakan pemeriksaan dan audit keselamatan ke atas bas serta syarikat yang terbabit.

“Tindakan tegas akan diambil sejurus siasatan selesai,” katanya memaklumkan tindakan segera Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UPSI menyantuni keluarga mangsa. 

Loke berkata kejadian ini harus menjadi peringatan kepada semua pihak termasuk kerajaan, pengendali dan masyarakat bahawa tiada kompromi dalam soal keselamatan nyawa.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...