Lebih diskaun, MARA mahu kembali taja pelajar Al-Azhar

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Majlis Amanah Rakyat (MARA) berhasrat menyambung kembali penajaan kepada pelajar jurusan perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

Pengerusinya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata perancangan MARA itu susulan persetujuan universiti berkenaan untuk menambahkan diskaun pengajian. 

“Hasil rundingan dengan Universiti Al-Azhar empat bulan lalu, mereka bersetuju beri diskaun kepada pelajar perubatan MARA.

“Daripada RM150,000 kepada hanya RM85,000 untuk tempoh lima tahun. Alhamdulillah, berita ini baru sahaja diterima. 

“Insya Allah saya akan mengarahkan MARA untuk segera siapkan kertas cadangan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini memaklumkan persetujuan Universiti Al-Azhar itu. 

Asyraf pada Disember tahun lalu mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Presiden Universiti Al-Azhar di Mesir bagi membincangkan penambahan pelajar tajaan MARA. 

Katanya, MARA berhasrat melahirkan lebih ramai doktor perubatan, pergigian dan ahli farmasi Melayu dengan kerjasama universiti itu.

“Alhamdulillah permintaan saya untuk mendapatkan diskaun yuran pengajian untuk pelajar Melayu-Bumiputera di bawah tajaan MARA disambut baik presiden universiti. 

“Insya Allah cita-cita saya untuk melihat lebih ramai anak Melayu dan Bumiputera profesional dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dapat dilahirkan,” katanya.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata jika cadangan itu mendapat kelulusan Kabinet, MARA akan kembali menaja pelajar di universiti itu.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

IKIM: Tangguh haji, umrah kerana mengundi bukan tuntutan syarak

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Institut Kemajuan Islam Malaysia...

Anwar: Bangkit dalam mesyuarat jika bantah Pemilihan PKR

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Hassan: Pemilihan PKR ajar pemimpin sombong di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Hassan Abdul Karim menyifatkan...

PAS Selangor setuju fatwa nilai hujah Hadi tangguhkan umrah

KUALA LUMPUR, 21 APRIL — Jabatan Undang-undang dan Hak...