Lambat bertindak, Khairuddin tidak percaya pihak berkuasa

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 20 APRIL — Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kecewa dengan sikap pihak berkuasa selepas tidak bersegera mendakwa penghina Jalur Gemilang. 

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional itu berkata pihak berkuasa seharusnya bersikap lebih profesional menangani kes penghinaan terhadap identiti negara. 

“Masalah kita pada hari ini pihak penguatkuasa undang-undang menjadi barua dan instrumen kerajaan. Mereka tidak berani bertindak. 

“Saya tidak menghormati lagi pihak penguatkuasa undang-undang di tanah air kita kerana mereka terlalu ekstrim menjadi barua dan instrumen kerajaan. 

“Sepatutnya mereka harus berkhidmat secara profesional, adil dan saksama. Itu tanggungjawab mereka,” katanya kepada Inspirasi Channelz. 

Tan Sri Razarudin Husain pada Khamis memaklumkan polis selesai mengambil keterangan Ketua Pengarang dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily. 

Katanya, dua individu berkenaan adalah pihak yang bertanggungjawab meluluskan penyiaran dan pereka grafik ilustrasi di muka hadapan akhbar itu.

Khairuddin berkata sikap pihak berkuasa yang berlengah dalam mengambil tindakan membangkitkan sikap hilang percaya dalam kalangan masyarakat. 

Katanya, pihak berkuasa perlu bertindak segera selepas mereka kini sering dilabel menggunakan pendekatan pilih kasih dalam pendakwaan. 

“Cuba perkara ini dilakukan oleh orang Melayu, saya rasa tindakan cukup pantas. 

“Tetapi apabila kesilapan menyalahi undang-undang dilakukan kaum lain, pihak penguatkuasa selalunya sama ada lambat bertindak atau mereka mengambil sikap membisu. 

“Mereka perlu bersikap amanah tetapi kita tidak dapat melihat itu lagi dalam mana-mana bidang penguatkuasaan di tanah air kita. Saya amat kecewa,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...