KPN, imigresen bercanggah, Puad tuntut reformasi

KUALA LUMPUR, 9 JUN — Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO kesal dengan kenyataan Tan Sri Razarudin Husain berhubung sekatan perjalanan ke atas pereka grafik Fahmi Reza.

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) bagai sukar dipercayai apabila terdapat masalah komunikasi dengan imigresen.

“Sekatan perjalanan terhadap Fahmi Reza memang pelik. Bertambah pelik bila baca kenyataan Pejabat Perdana Menteri dan KPN.

“Kerajaan mesti melakukan segera reformasi institusi supaya lebih telus dan konsisten. Sukar mempercayai wujud masalah komunikasi antara polis dan imigresen.

“Apakah penjelasan polis itu hanya face saving. Kes seperti ini banyak berlaku,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini. 

KPN semalam memaklumkan tiada sebarang sekatan rasmi dikenakan terhadap Fahmi yang mahu meninggalkan negara.

Tan Sri Razarudin Husain berkata apa yang berlaku kelmarin adalah satu kekeliruan ketika Fahmi melakukan semakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). 

Mohd Puad berkata sekatan ke atas Fahmi bukan kali pertama berlaku malah pernah dikenakan ke atas Tan Sri Dzulkifli Ahmad. 

Katanya, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mendakwa pernah dua kali disekat untuk menunaikan umrah.

“Dzulkifli dakwa dua kali disekat keluar untuk menunaikan umrah atas permintaan SPRM.

“Dia tidak pernah dituduh, didakwa atau disiasat. Mesti ada akauntabiliti. Jangan tolak sana, tolak sini. Ambil tindakan pada mereka yang cuai,” katanya.

Fahmi minggu lalu mendakwa dilarang keluar negara untuk menghadiri konsert di Singapura menerusi penerbangan yang dijadualkan pada 9.35 pagi.

Katanya, sekatan itu difahamkan atas arahan Bukit Aman namun ia dinafikan Razarudin yang mendakwa tiada sekatan ke atas Fahmi untuk keluar negara.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...