Kontrak Stuart bersama MFL dalam rundingan

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan beliau sedang merundingkan kontraknya yang bakal tamat Ogos ini.

Stuart yang dilantik sebagai CEO MFL pada Ogos 2021 berkata beliau komited menggalas tugas di MFL sebelum berakhirnya kontrak berkenaan.

“Ramai rakan media menghubungi saya mengenai khabar angin baru-baru ini mengenai kedudukan saya. Apa yang boleh saya katakan buat masa ini, saya komited dengan MFL dan perbincangan sedang berjalan berkaitan kontrak saya yang berakhir Ogos ini.

“Pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini khabar angin tersebar di media sosial mendakwa Stuart akan meninggalkan MFL.

Minggu lepas, MFL berdepan kritikan hebat berikutan hukuman dikenakan terhadap Selangor FC kerana tidak hadir pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Mei lepas.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...