Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir ‘minggu ini’ – Jurucakap Rumah Putih

Bernama

24/02/2025 04:00 MYT

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih

Karoline Leavitt, Jurucakap Rumah Putih. – Gambar fail AP

ISTANBUL: Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine, mencadangkan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

“Presiden dan pasukannya sangat fokus untuk meneruskan rundingan dengan kedua-dua belah pihak dalam krisis ini bagi menamatkan konflik dan beliau sangat yakin kami boleh menyelesaikannya minggu ini,” kata Leavitt kepada wartawan di South Lawn selepas pulang dari Persidangan Tindakan Politik Konservatif (CPAC), lapor Anadolu Ajansi.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump mendakwa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy “tidak mempunyai sebarang kelebihan” dan perlu dikecualikan daripada rundingan damai akan datang dengan pemimpin antarabangsa.Leavitt turut memaklumkan bahawa Penasihat Keselamatan Negara AS Matt Waltz akan bekerja sepanjang masa hujung minggu ini bagi memuktamadkan perjanjian, manakala Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent telah terlibat dalam perbincangan mengenai cadangan perjanjian dengan Ukraine untuk memanfaatkan sumber mineral mentah negara itu.

“Apabila bercakap mengenai mineral kritikal, ini adalah aspek penting bagi presiden. Ia sangat penting bagi beliau kerana ia akan membantu memulihkan dana pembayar cukai Amerika.

“Selain itu, ia juga akan menjadi satu perkongsian ekonomi yang hebat antara Amerika Syarikat dan untuk rakyat Ukraine dalam usaha mereka membina semula negara mereka berikutan konflik yang kejam ini,” tambah Leavitt.

— BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...