Khairuddin naik angin

Wakil-wakil rakyat UMNO di bawah kepimpinan ketua kleptokrat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai semangat keberanian untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Madani yang sedang dipimpin oleh seorang tokoh ‘gila’ serta ‘sewel.’

Ini adalah kerana ramai daripada pemimpin UMNO bermasalah dan ‘tidak bersih’ di mana mereka mudah diambil tindakan sekiranya melawan arus.

Sebab itu pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad amat jelas bahawa pemimpin-pemimpin politik harus bersifat bersih dan tidak mengamalkan rasuah.

Hanya pemimpin bersih dan amanah saja yang mampu berjuang melawan siapa saja demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Seorang demi seorang tokoh korporat Melayu sedang dihancurkan oleh kepimpinan kerajaan Madani yang mana ketua utamanya adalah seorang manusia munafik dan fasik.

Selagi kita tidak mempunyai keberanian untuk ‘cincang’ manusia munafik dan fasik ini maka nasib masa depan Melayu dapatlah diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’.

Baru-baru ini seorang lagi tokoh korporat Melayu Tan Sri Abu Sahid pula ditahan reman kononnya ada amalan rasuah dalam urusan perniagaan beliau.

Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjadi ‘barua’ atau alat perkakas kepada kerajaan ‘Maha Zalim’ pada hari ini.

Sebab itulah mana-mana orang Melayu yang menyokong kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri ‘gila’ dan ‘sewel’ ini merupakan pengkhianat bangsa, agama serta tanah air.

UMNO hari ini mengkhianati bangsa, agama dan negaranya kerana pemimpin UMNO yang menganggotai kerajaan Madani ini sedang memperkasakan atau memperkuatkan DAP yang mencengkam Perdana Menteri dengan begitu kuat sekali.

Perdana Menteri amat tunduk kepada DAP dalam pelbagai segi dan tidak lagi membela Melayu serta Islam sepertimana perjuangan ‘fake’ beliau pada tahun 1970-an dahulu ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Dulu setiap hari Anwar bercakap pasal Melayu dan Islam tetapi bila mendapat kuasa melalui sumbangan besar kerusi Parlimen DAP kini perjuangan Melayu mahupun Islamnya sudah terbantut.

Saya amat berharap segelintir daripada Melayu ‘bangang’ dapat melihat secara jelas siapa itu Anwar setelah Allah mengizinkan beliau menjadi Perdana Menteri untuk seketika saja bagi membolehkan keseluruhan ummah melihat siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Aktivis Politik

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...