InspirasiChannelz.com
Fakta bukan Auta

Pautan Utama

Kerajaan Dan Pembangkang Harus Berkerjasama

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pembangkang perlu bersama-sama memikirkan serta mencari kaedah berkesan bagi membendung budaya fitnah serta hasutan dalam talian dan di media sosial yang semakin berleluasa.

Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan di negara ini.

“Kerajaan perlu bersikap tegas dalam perkara ini (budaya fitnah) dan proaktif untuk memberikan maklumat yang betul serta dipercayai.

“Pembangkang juga perlu seiring, mereka perlu memainkan tanggungjawab untuk mengekang perkara ini demi keamanaan di negara kita,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 semalam, menzahirkan kebimbangan dengan budaya itu yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.

Noor Nirwandy berkata selain kerajaan, rakyat juga perlu memainkan peranan dengan tidak mudah menyebar fitnah dan hasutan kerana tindakan undang-undang pasti menanti.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong supaya menghentikan budaya fitnah dan hasutan di media sosial demi mengekalkan perpaduan negara.

Lee berkata Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama perlu menerapkan nilai saling menghormati bagi mengelak perpecahan.

“Hormat-menghormati adalah penting dalam negara kita yang berbilang kaum dan agama. Kita mesti menghormati budaya, kepercayaan dan nilai masing-masing. Menggunakan media sosial untuk memfitnah orang lain bukan cara hidup kita di Malaysia,” katanya.

Lee berkata penting untuk mengambil iktibar daripada peristiwa seperti tragedi 13 Mei yang menekankan usaha memupuk keharmonian penting untuk perpaduan dan kemakmuran Malaysia.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Saya amat simpati kepada mangsa yang terlibat.

Kerajaan mesti segera menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengenal pasti...

KERAJAAN PERPADUAN

Semasa Perang Dunia Kedua, Kerajaan United Kingdom telah diketuai...

Anwar Ibrahim Menerima Kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia

Perdana Menteri menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi...

Johor lantik legenda All Blacks Sonny Bill Williams sebagai duta sukan

Legenda sukan ragbi Sonny Bill Williams (kanan) bercakap kepada...