Kerajaan beri Fahmi kejutan sambutan hari jadi

KUALA LUMPUR, 7 JUN — Pereka grafik, Fahmi Reza menerima kejutan sempena ulang tahun kelahirannya hari ini apabila dihalang meninggalkan Malaysia. 

Fahmi, 48, menerima kejutan itu pagi tadi apabila mahu berlepas ke Singapura dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Hari ini, pada hari jadi aku dan pada Hari Raya Aidiladha, aku dapat tahu aku kena senarai hitam, dilarang ke luar negara.

“Sampai KLIA2 jam 7.30 pagi untuk ambil pesawat pukul 9.35 pagi. Seperti biasa, aku kena tahan di kaunter imigresen pelepasan antarabangsa dan diminta duduk di ofis imigresen.

“Lepas itu pegawai imigresen beritahu, Bukit Aman tidak beri kebenaran untuk ke luar negara. Aku tanya sebab apa? Dia jawab perlu tanya Bukit Aman,” katanya. 

Dia berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas sekatan imigresen oleh pihak polis.

Katanya, sekatan itu mengundang tanda tanya mengenai kesalahannya sehingga disekat bagi mengambil penerbangan ke Singapura.

“Minggu lepas aku kena sekatan dilarang masuk Sabah hanya kerana lukisan aku yang mengkritik pelantikan Yang Dipertua Tun Musa Aman.

“Hari ini kena sekatan lagi, dilarang ke luar negara oleh kerajaan Madani. Hanya polis Bukit Aman dan kerajaan Madani yang boleh jawab.

“Terima kasih Bukit Aman dan kerajaan Madani untuk hadiah hari jadi yang aku tidak akan lupakan,” katanya.

Fahmi berkata tujuannya ke Singapura bagi menghadiri konsert mini penyanyi Punk dari Korea, Slant yang sangat diminatinya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...