Kenyataan Pertama Assad Selepas Lari Ke Moscow – Assad menggelar kumpulan yang menentang pemerintahannya sebagai ‘pengganas’.

Bekas Presiden Bashar al-Assad mendakwa, beliau melarikan diri dari Syria selepas Damsyik jatuh dan menyifatkan pemimpin baharu negara itu sebagai ‘pengganas.’

“Meninggalkan Syria bukanlah dirancang dan ia tidak berlaku pada saat-saat akhir pertempuran seperti yang didakwa,” kata Assad dalam kenyataan pertama yang disiarkan melalui aplikasi Telegramnya.

“Saya kekal di Damsyik, menjalankan tugas saya sehingga awal pagi 8 Disember,” tambah al-Assad. Ini merupakan kenyataan pertama beliau sejak pasukan pemberontak merampas ibu negara Syria pada 8 Disember lalu.

“Apabila pasukan pengganas menyusup ke Damsyik, saya berpindah ke Latakia dengan koordinasi bersama sekutu Russia untuk memantau operasi tempur,” kata Assad sambil menambah beliau tiba di pangkalan Hmeimim, Rusia pada pagi 9 Disember.

“Ketika situasi di lapangan semakin merosot, pangkalan tentera Rusia turut diserang dengan serangan dron yang dipertingkatkan,” katanya.

Justeru, Moscow, katanya, meminta agar pihak komando mengatur pemindahan segera Assad ke Rusia pada malam 8 Disember lalu.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...