1. Saya ingin tarik perhatian kepada kenyataan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya berkenaan “subsidi” Kerajaan Malaysia kepada Singapura di dalam isu bekalan air.
2. Menurut Dr Mahathir Singapura membeli 250,000,000 gelen air mentah setiap hari dari Malaysia dengan harga 3 sen untuk 1,000 gelen.
3. Singapura menjual semula air terawat kepada Malaysia dan masih beroleh keuntungan sebanyak RM3,312,375,000 (tiga billion, tiga ratus dua belas juta, tiga ratus tujuh puluh lima ribu Ringgit) setiap tahun.
4. Saya tertanya, dan saya rasa rakyat Malaysia juga harus bertanya bagaimana hasil khazanah negara ini dapat memberi begitu banyak keuntungan kepada Singapura.
5. Tentulah di atas kerugian kepada kita. Kerana, ikut perjanjian yang akan tamat pada 2061, Singapura membeli air mentah sebanyak 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dari Malaysia.
6. Dan Malaysia menjual 250 juta gelen air kepada Singapura setiap hari. Ini bermakna, Johor mendapat RM7,500 sehari hasil penjualan air mentah ini.
7. Johor beli semula air terawat sehari sebanyak 12% daripada 250,000,000 gelen air mentah. Ini bermakna Johor beli semula 30,000,000 gelen air terawat pada kadar at 50 sen per 1000 gelen.
8. Ini bererti Johor membayar sejumlah RM 15,000 sehari untuk air terawat. Singapura untung sebanyak RM7,500 sehari.
9. Singapura pula menjual air terawat pada kadar SGD3 untuk 1,000 litre bagi pengguna domestic Singapura. Jadi, jika 1,000 gelen, ianya berjumlah SGD11.36 (kira-kira RM36.30).
10. Pendapatan Singapura pada jualan domestik untuk 250,000,000 gelen ialah RM9.075 million sehari.
11. Oleh itu, untuk satu tahun 365 x 9.075 = RM 3,312,375,000
12. Memandangkan yang Kerajaan Malaysia kelihatan tidak lagi berminat untuk berunding harga jualan air mentah kepada Singapura, saya ingin tanya;
i. apakah jumlah sebenar keuntungan pada Singapura setelah ditolak kos air mentah yang dijual semula kepada Malaysia?
ii. Benarkah jumlah “subsidi” yang di dakwa oleh Dr Mahathir?
iii. Jika tidak benar apakah jumlah sebenar?
13. Dr Mahathir juga pernah maklum bahawa beliau telah meninggalkan sejumlah peruntukan yang besar untuk membina loji rawatan air Johor sebelum bersara pada tahun 2003, supaya Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada Singapura.
14. Apakah yang berlaku kepada projek ini dan kenapakah kita masih tidak lagi mampu setelah sekian lama Merdeka, untuk membekal air terawat bagi keperluan negara, malah terpaksa terus import bekalan air terawat dari Singapura.
15. Perjanjian air Malaysia-Singapura ini hanya akan tamat pada 2061. Bermakna masih ada baki lagi 36 tahun.
16. Jika benar apa yang dikatakan Tun Mahathir, bermakna kita akan memberi “subsidi berjumlah lebih RM118 billion kepada Singapura hingga tempoh tamat perjanjian.
17. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi sebuah negara yang kaya untuk mendapat “subsidi dari negara yang miskin.
18. Saya gesa Kerajaan Malaysia untuk memperjelaskan tentang perkara ini.
19. Umum maklum setelah Dr Mahathir letak jawatan pada 2003, Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri seterusnya tidak langsung tunjuk minat untuk berunding semula dengan Singapura.
20. Sehinggalah Dr Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri pada tahun 2018.
21. Malangnya, sekali lagi apabila beliau letak jawatan, pentadbiran seterusnya juga tidak berminat untuk berunding semula.
22. Apakah kita hanya akan lepas tangan dan tanggung rugi dan ambil mudah dengan tunggu hingga tamat tempoh perjanjian tersebut?
23. PMX dan Kerajaan Malaysia tidak seharusnya memberi tumpuan pada isu Pulau Batu Putih yang telah sekian lama diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada Singapura pada tahun 1953 yang memustahilkan kita untuk mendapatkan semula hak ke atas tuntutannya.
24. Keseluruhan rakyat Malaysia mengetahui secara jelas isu Pulau Batu Putih sengaja diada-adakan semata-mata untuk menganiayai serta mencemarkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad atas dasar dendam kesumat PMX yang tidak berasas itu.
25. Kerajaan Madani sepatutnya memberi tumpuan untuk menangani dan menyelesaikan isu subsidi bekalan air Kerajaan Malaysia kepada Singapura yang hanya akan tamat pada tahun 2061 yang juga membawa erti kita akan memberi subsidi berjumlah lebih RM118 billion kepada Singapura hingga tempoh tamat perjanjian.
26. Jumlah subsidi bekalan air Kerajaan Malaysia kepada Singapura yang berjumlah RM118 billion apabila tamat tempoh dalam 36 tahun lagi
27. Kerajaan Madani sepatutnya memberi tumpuan untuk menangani dan menyelesaikan isu subsidi bekalan air Kerajaan Malaysia kepada Singapura yang hanya akan tamat pada tahun 2061 yang juga membawa erti kita akan memberi subsidi berjumlah lebih RM118 billion kepada Singapura hingga tempoh tamat perjanjian.
28. Jumlah subsidi bekalan air Kerajaan Malaysia kepada Singapura yang berjumlah RM118 billion apabila tamat tempoh dalam 36 tahun lagi
berkemungkinan membolehkan kita membeli berpuluh Pulau Batu Putih.
SEKIAN-
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN)
2 Januari 2025