Kenal pasti calon pilihan raya lebih awal – Mohamad


SEREMBAN:
UMNO Bahagian disarankan mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Sepatutnya dalam tempoh dua tahun ini, setiap bahagian mengenal pasti dua atau tiga individu berpotensi untuk dinamakan sebagai calon. Minta dia bekerja supaya dapat menyesuaikan diri serta menyantuni masyarakat setempat.

“Jadi tidaklah, dua minggu masa kempen, baharu nak terkial-kial memperkenalkan calon…kita mahu apabila sebut sahaja nama calon, orang dah kenal, itu sepatutnya dilakukan oleh Bahagian untuk kita dapat keharmonian,” katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rembau di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaporkan mencadangkan parti itu perlu mengenal pasti calon lebih awal bagi membolehkan mereka dikenali dan menyatuni penduduk setempat.

Mengulas kekalahan calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Mohamad berkata semua pihak perlu mengkaji punca kekalahan lebih 4,000 majoriti berbanding 1,500 sebelum ini.

“Peratusan keluar mengundi sama ada tinggi atau juga faktor perlu dilihat, ia serampang dua mata. Selain itu pengundi dipengaruhi isu semasa, maka ini merupakan taktik pilihan raya. Kekalahan ini perlu dikaji, mengapa majoritinya melebar daripada 1,500 kepada 4,200,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berharap pada PRK Nenggiri 17 Ogos ini, UMNO bahagian Gua Musang dapat mengetengahkan calon diyakini bagi memberi kemenangan kepada parti.

“Terpulang kepada kepimpinan bahagian menamakan dua tiga individu, jangan hanya seorang sahaja supaya kita dapat membuat tapisan keselamatan lebih awal. Kita mahu calon tersebut tidak mempunyai masalah,” katanya.

Sementara itu mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Mohamad berkata setiap keputusan perlu mendapat konsesus semua pihak dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional (BN).

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...