Kemenangan satu ‘kebangkitan’ politik luar biasa. Anwar ucap tahniah kepada Donald Trump

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS). Tahniah kepada Donald J. Trump atas kebangkitan politiknya yang luar biasa dan kemenangan dalam pilihan raya presiden AS. Bab baharu ini membawa peluang baharu dan kami bersedia untuk bergerak ke hadapan dengan keyakinan, kerjasama dan tujuan bersama. Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia-Pasifik. Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berharap Amerika akan mempergiatkan semula penglibatannya dengan Asia Tenggara. Kami juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine. Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan presiden yang akan datang untuk memupuk manfaat bersama bagi rakyat kedua-dua negara kita. Dalam hantaran sama, Anwar berkata AS kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia-Pasifik

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...