Kelapa, kerepek pisang pun kena SST? Soal GERAKAN

KUALA LUMPUR, 16 JUN — Parti GERAKAN menggesa kerajaan lebih teliti dalam meluaskan produk yang bakal dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan depan.

Presidennya, Dominic Lau berkata bukan semua buah yang diimport berada dalam kategori mewah tetapi terdapat produk untuk kegunaan rakyat biasa.  

“Disebabkan kerajaan tidak menyatakan secara spesifik buah import mana yang akan dikenakan cukai, rakyat secara semula jadi akan berasa bimbang.

“Buah-buahan import mana yang perlu dikenakan cukai? Adakah epal, oren, anggur, pir, laici, longan, lemon, manggis, kiwi dan sebagainya akan turut dicukai? 

“Kelapa juga perlu diimport dari luar negara bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan, ini belum termasuk kerepek pisang gulung yang turut dijual di pasaran,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas peluasan produk yang akan dikenakan SST bermula bulan depan. 

Katanya, sama ada pelaksanaan subsidi petrol bersasar atau peluasan SST, kedua-duanya perlu mengambil kira kelangsungan perniagaan, kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat. 

“Tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah, bukannya terus-menerus membebankan rakyat atas nama subsidi bersasar.

“Kerajaan sepatutnya menenangkan hati rakyat, memperkukuhkan ekonomi dan membina masyarakat yang saling mempercayai bersama seluruh rakyat.

“Sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman, pihak yang memerintah perlu mempunyai kematangan politik serta sikap yang rendah diri untuk menerima kritikan,” katanya.

Dominic berkata tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali menyalahkan rakyat apabila berhadapan dengan masalah adalah tidak wajar.

Katanya, kerajaan seharusnya mengamalkan prinsip insan budiman sentiasa mengambil iktibar daripada kebaikan dan bersedia memperbaiki diri apabila melakukan kesilapan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...