Kecam Hadi cubaan tutup isu babi, kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 22 APRIL — Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa tiada salahnya gesaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung penangguhan ibadah haji.

Ketua Pemuda PAS itu berkata penerbangan pertama jemaah haji pada 29 April ini iaitu tiga hari selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

“Penerbangan pertama haji 29 April 2025. Tiga hari selepas mengundi. Selamatlah berangkat pergi haji. Tiada apa-apa isu pun. Hadi datang ceramah sekali sahaja, habis gegak gempita.

“Habis keluar semua fatwa sesat dan macam-macam. Sebenarnya mereka hanya hendak alih isu babi sahaja. Mereka gagal jawab isu babi. Isu sebenar adalah babi bukan haji,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kecaman terhadap Hadi yang menggesa mengutamakan perjuangan politik. 

Hadi ketika berkempen dalam PRK Ayer Kuning mendakwa umat Islam perlu mengutamakan kemenangan politik serta menangguhkan hasrat menunaikan umrah dan haji.    

Katanya, ketetapan berkenaan dibuat mengambil ibrah peristiwa Rasulullah SAW dihalang melaksanakan umrah ketika Perjanjian Hudaibiyah.

Hadi berkata kemenangan politik tidak boleh ditangguhkan dan Islam perlu berkuasa seiring firman Allah yang mahu dunia diperintah menerusi ajaran Islam.

Katanya, umat Islam ketika ini tidak mengamalkan pendekatan berkenaan sebaliknya lebih memilih menunaikan umrah dan haji berbanding mendapatkan kemenangan politik.

Afnan Hamimi berkata pandangan Hadi itu bukan baru dan pernah ditegaskan oleh bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Masa Tok Guru Nik Aziz cakap benda yang sama tahun 2012 dulu, kamu semua pergi mana waktu itu?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...