KEBERANIAN DAN DEDIKASI WARGA SANG SAKA BIRU TERUS DIHARGAI

Putrajaya International Convention Centre hari ini menjadi pentas penuh penghormatan apabila para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari seluruh negara diraikan dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 yang berlangsung dengan penuh adat kepolisan, di sini.

Majlis tersebut merupakan kesinambungan sesi pertama DKPP yang berlangsung pada 22 Oktober lalu yang menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan darjah kepahlawanan kepada barisan pegawai kanan PDRM di Istana Negara.

Pada sesi kedua tadi, seramai 208 warga PDRM telah menerima pengiktirafan atas kepimpinan cemerlang, keberanian serta pengorbanan mereka dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Ia juga simbol penghargaan daripada Kerajaan kepada warga Sang Saka Biru yang sentiasa menunjukkan tahap profesionalisme dengan keberanian luar biasa, integriti tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan keamanan negara kekal terjamin.

Istiadat penganugerahan yang bermula jam 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mendahului senarai penerima ialah Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.).

Istiadat turut menyaksikan penganugerahan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) kepada 32 penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) (100 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (K.P.P.) (46 penerima), dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (B.P.P.) (27 penerima).

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Abdul Rahman, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM bersama pasangan masing-masing.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim | sumber : PDRM | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Warisan buka ruang kerjasama selepas PRN Sabah

Walaupun bertekad membentuk kerajaan Sabah sendiri, Presiden Warisan Shafie...

Anwar Di Sidang Kemuncak G20 di Johannesburg

saya menyatakan kepada semua negara yang hadir bahawa kita...

HARI INI MOHON,HARI INI DAPAT PASSPORT? – FIFA

Sebahagian pemain bola sepak ‘warisan’ yang kini digantung menerima...

Pilih ikut rekod prestasi bukan retorik pesan – Nurul Izzah

1)GPS - KM Hajiji bersama beberapa Adun Sabah terpalit...