
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat dan mengesan sekiranya wujud elemen oportunis politik yang menunggang isu Kampung Sungai Baru sehingga membawa kepada insiden Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi dibaling objek keras, pagi tadi.
“Kita akan mengesan jika ada elemen yang bersifat political opportunist yang terang-terang menunggang isu ini untuk menimbulkan ketegangan dan keresahan, sepintas lalu mereka (ingin) dilihat membela tetapi sebenarnya tampil dengan menghasut serta menyebarkan maklumat palsu.
Gejala ini jika tidak dibendung ia akan menyebabkan keadaan yang tidak tenteram di tengah-tengah masyarakat,” katanya.
- Iklan -
Image Slider



