Kamu boleh bayar sendiri bukan guna duit rakyat – Isham Jalil

Tengku Zafrul kata kerajaan akan belanja untuk naiktaraf airport Pulau Pinang. Sebelum itu Anthony Loke kata peruntukkan untuk ini adalah lebih kurang USD200 juta atau RM1 billion. Airport Pulau Pinang ini termasuk dalam 38 airport yang dipunyai oleh MAHB yang mana syarikat ini akan dikeluarkan dari syarikat awam dan dijadikan milikan swasta atau persendirian di mana 25-30% milikan syarikat persendirian ini akan dijual oleh kerajaan kepada kepentingan Blackrock iaitu syarikat berkaitan Isr^^l.

Selepas kerajaan PH/BN naikkan harga diesel untuk kutip RM4 billion dari rakyat, kerajaan Anwar kini ingin belanja duit rakyat RM1 billion untuk airport Pulau Pinang yang akan dipunyai oleh syarikat swasta termasuk kepentingan Blackrock tersebut. Apabila airport ini dinaiktaraf menggunakan dana awam, yang akan untung adalah syarikat persendirian ini. Secara tidak langsung kerajaan menggunakan dana awam untuk mensubsidi syarikat persendirian ini.

Saya ingin tanya Anwar, adakah bijak dan buat apa guna duit rakyat atau dana awam untuk mensubsidi keuntungan syarikat swasta? Syarikat persendirian dan swasta seperti ini sepatutnya guna dana swasta sendiri untuk naiktaraf aset swasta bukan guna dana awam berbillion ringgit yang membebankan rakyat untuk menaiktaraf aset persendirian atau swasta. Dan secara tidak langsung juga rakyat dipaksa bayar kenaikan harga minyak, diesel dan kos sara hidup yang berkaitannya untuk memberi subsidi kepada Blackrock, syarikat yang menyokong Isr^^l dan pelaku keganasan dan genocide ke atas P^l^^tin. Saya tidak setuju kerajaan guna duit rakyat dan duit cukai saya untuk mensubsidi Blackrock. Jika Anwar, Anthony Loke, Tengku Zafrul atau Zahid Hamidi ingin mensubsidi Blackrock, kamu boleh bayar sendiri bukan guna duit rakyat.

#InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Perlantikan Thaksin Sinawat, Persediaan Asean 2025

Malaysia secara rasmi akan memegang jawatan pengerusi ASEAN pada...

Tun Dr Mahathir Mohamad Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam Rangka Kerja Di Langkawi...

Presiden Prabowo Demam,Pertemuan Bersama PMx Di Langkawi DiTangguhkan

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk...

Demi Negara Tun Dr Mahathir & Anwar Ibrahim Perlu Berdamai – Khairuddin Abu Hassan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Mencadangkan Agar "ELDER COUNSEL"...