Kajang macam Tongsan, apa MPKj buat? Soal aktivis

KUALA LUMPUR, 17 JUN — Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI) kesal dengan sikap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang membiarkan papan tanda tidak menggunakan bahasa Melayu.

Pengerusinya, Islah Wahyudi berkata banyak aduan sudah dikemukakan kepada MPKj namun tiada tindakan penguatkuasaan diambil bagi membetulkan keadaan.

“Baik jata Selangor atau logo MPKj ada jawi. Tetapi apa jadi dengan Kajang bawah pengurusan MPKj sekarang? Di bawah Yang Dipertuanya Nazli Md Taib? Sudah jadi macam Tongsan.

“Untuk maksud rasmi kerajaan, termasuklah papan tanda jalan, papan tanda premis milik kerajaan wajib gunakan bahasa kebangsaan negara kita saja iaitu bahasa Melayu.

“Untuk papan tanda niaga atau premis di Kajang pula, bahasa Melayu wajib 30 peratus lebih besar daripada bahasa asing lain,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas sikap acuh tidak acuh MPKj dalam penguatkuasaan papan tanda.

Katanya, empat aduan salah laku papan tanda di bawah seliaan MPKj masih belum dijawab walau laporan sudah dibuat beberapa bulan lalu. 

“Apa benda yang penguatkuasa MPKj buat ini? Makan bersuap bak kut teh? Berhentilah bagi alasan perpaduan dan keharmonian.

“Sedangkan mereka ini melanggar undang-undang sedia ada. Taat setia tidak ada pada raja dan bahasa negara ini.

“Dalam Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Selangor, tidak ada sepatah pun istilah Cina, India, Bangladesh dan Myanmar. Ini semua bukan identiti Selangor,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...