Kagum LIMA ‘25, PM yakin Malaysia kekal selamat

KUALA LUMPUR, 21 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan aset dan kepakaran pasukan keselamatan negara menggambarkan kedaulatan Malaysia kini berada pada tahap tertinggi.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan angkatan pertahanan negara demi memastikan Malaysia sentiasa aman dan berdaulat.

“Saya berkesempatan merasmikan segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 ( LIMA ’25) serta menyaksikan demonstrasi ketenteraan.

“Saya turut dibawa menaiki KD Perantau untuk acara pertunjukan kapal dan menerima penghormatan daripada setiap kapal yang mengambil bahagian dalam segmen maritim ini.

“Saya amat yakin bahawa keselamatan rakyat dan kedaulatan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam.

LIMA ’25 merupakan anjuran bersama Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC).

Acara dwi-tahunan itu memberi penekanan kepada inovasi dan peningkatan daya saing dalam kalangan pemain industri sejajar perkembangan teknologi semasa.

LIMA ’25 yang bertemakan “Inovasi Hari Ini Pencapaian Masa Hadapan” merupakan pameran terbesar dalam industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...