Kadir: Jumaat Sidang ASEAN, DBKL biar kereta rentung 

KUALA LUMPUR, 20 MEI — Datuk A Kadir Jasin menyelar pihak tertentu yang belum bersedia menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN Jumaat ini.

Wartawan veteran itu melahirkan kebimbangan selepas memuatkan foto rangka kereta yang hangus terbakar di pinggir jalan sejak dua minggu lalu.

“Tiga hari lagi Sidang Kemuncak ASEAN bermula di Kuala Lumpur. Suka atau tidak, penduduk dan pengunjung akan mengalami gangguan akibat penutupan banyak laluan utama.

“Tapi nampaknya bukan semua kakitangan kerajaan bersiap sedia untuk memberi gambaran terbaik kepada perwakilan dan pengiring mereka.

“Datuk Bandar Kuala Lumpur dan anak-anak buahnya nampak masih relaks,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

Kadir berkata jika Datuk Bandar Kuala Lumpur menunjukkan kesediaan maka sudah tentu rangka kereta yang terbakar sejak dua minggu lalu dialihkan.

Katanya, apa lebih membimbangkan rangka kenderaan itu terletak di laluan sibuk yang mungkin membahayakan penunggang motosikal.

“Kalau mereka bersiap sedia, teliti dan kemas tentulah bangkai kereta yang terbakar ini tidak tersadai sampai dua minggu di laluan yang sibuk.

“Kita tunggu dan lihat sama ada diangkut sebelum Jumaat ini,” katanya.

Enam lebuhraya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28 Mei ini bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Penutupan dijangka berlangsung 30 hingga 45 minit antara 8 pagi dan 8 malam secara berkala mengikut tarikh yang ditetapkan.

Antara laluan utama yang terlibat adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.

Enam lebuh raya yang terlibat pula ialah Lebuhraya ELITE, NKVE, GUTHRIE, MEX, KL–Seremban dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buloh ke Jalan Duta.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...