JPA: Kerja dari rumah jika terjejas Sidang ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 MEI — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan kakitangan kerajaan yang mungkin terkesan dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN dibenar untuk bekerja dari rumah (BDR).  

JPA berkata bagaimanapun ia tertakluk kepada budi bicara ketua jabatan masing-masing dalam meluluskan permohonan BDR tersebut. 

“Ia bertujuan mencapai keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kelangsungan tugasan serta keperluan pegawai daripada aspek keharmonian kerja.

“Langkah ini merupakan antara inisiatif kerajaan madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai-nilai teras madani.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JPA berkata kebenaran BDR itu selaras dengan peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) ceraian SR.4.1.2.

Katanya, ketua jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR bagi kakitangan yang dijangka terkesan dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...