Jojo Tekad Balas Dendam

Kuala Lumpur: Jaguh Muay Thai negara Muhamad Johan Ghazali Zulfikar bertekad membalas dendam ke atas Johan Estupinan dalam pertarungan ulangan kelak selepas tewas dengan keputusan pengadil kepada bintang Colombia itu Jumaat lepas. Muhamad Johan yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo berharap dapat tampil lebih garang pada perlawanan seterusnya itu yang berkemungkinan dijadual tahun ini.

Terdahulu hasrat Jojo untuk mencalarkan rekod tanpa kalah Estupinan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan ONE 170 di Impact Arena, Bangkok dua hari lepas. Atlet berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya memberikan tentangan sengit kepada lawannya dalam pertarungan tiga pusingan kategori flyweight.

Dalam pada itu itu, Jojo berkata beliau gembira kerana berjaya mempamerkan peningkatan dalam pertarungan itu terutamanya aspek tendangan dan pergerakan, namun mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki sekiranya mahu mencapai kelas dunia.

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki...

Pemuda: UMNO gembira, letak sekali jawatan menteri

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Ketua Pemuda UMNO menyambut...

Mahu masuk PKR, Tengku Zafrul umum keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Tengku Datuk Seri Zafrul...

BERSATU gesa Zahid ikut jejak Rafizi lepas jawatan TPM

KUALA LUMPUR, 30 MEI — Parti BERSATU menggesa Datuk...