John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE

BINTANG WWE dan pelakon terkenal, John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.Pengumuman tersebut dibuat ketika beliau muncul di acara WWE Money in the Bank 2024 di Toronto, Ontario di Kanada pada Ahad.Cena, 47, yang memulakan kerjaya lakonannya 18 tahun lalu, berkata beliau akan melakukan persembahan terakhirnya di gelanggang WWE pada tahun 2025 sebagai sebahagian daripada ‘jelajah perpisahannya’.

“Malam ini, saya secara rasmi mengumumkan persaraan saya daripada WWE,” katanya kepada peminat di Toronto yang kemudiannya meneriakkan “terima kasih Cena”.

Dalam pengumuman tersebut, Cena turut merakamkan penghargaan buat peminat-peminat WWE kerana “membenarkannya bermain di rumah yang mereka bina selama bertahun-tahun”.

Pada sidang media selepas itu, Cena bagaimanapun menyatakan hasrat untuk kekal sebagai sebahagian daripada keluarga WWE dalam beberapa kapasiti walaupun merasakan dirinya sudah “sampai ke penghujung” dari segi fizikal.

Selain itu, Cena turut mendedahkan bahawa WrestleMania 41 bakal menjadi WrestleMania terakhir untuk dirinya.

Namun, dia merancang untuk membuat 30 hingga 40 penampilan sepanjang tahun 2025, termasuk selepas WrestleMania.

“Saya berharap untuk mengakhiri penyertaan saya di gelanggang dengan sebaik mungkin. Dan menjadi ahli keluarga besar WWE untuk tempoh yang agak lama,” ujarnya.

“Saya tidak berniat untuk terlibat secara fizikal dalam apa cara sekalipun. Tiada ‘jatuh atas meja secara tidak sengaja’. Tiada semua itu. Saya akan menjadi peminat dan penyokong, dan itu sahaja.”

Cena, yang sering dianggap sebagai salah seorang penggusti profesional terhebat sepanjang zaman, telah meraih gelaran juara dunia WWE sebanyak 16 kali sejak menyertai organisasi itu pada tahun 2001.

Selain kerjaya gusti, Cena juga terkenal sebagai pelakon dengan membintangi beberapa filem besar termasuk The Marine, The Suicide Squad, Bumblebee, Fast & Furious 9, dan Teenage Mutant Ninja Turtles.

Beliau juga memegang Guinness World Record atas sumbangan beliau kepada badan amal Make-A-Wish, dengan menjadi selebriti paling banyak diminta oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.

Agensi | #InspirasiChannelz | Foto : REUTERS

https://1f46c55854d69744f97335442c88dc55.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html
- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...