JENAYAH TERANCANG

1. Kebelakangan ini saya tertanya-tanya. 2. Ada laporan menyatakan bahawa jenayah terancang terdapat di Malaysia. 3. Apa yang saya tidak faham ialah laporan bahawa mereka pembayar cukai pendapatan dan juga denda. 4. Adakah penjenayah membayar cukai. 5. Bagaimana mereka mengisytiharkan punca pendapatan mereka. 6. Bolehkah mereka mengatakan mereka mencuri wang itu. 7. Jika mereka membayar cukai ke atas pendapatan yang dicuri, adakah mereka boleh menyimpan baki selepas cukai. 8. Adakah pegawai cukai pendapatan melaporkan kepada SPRM tentang pendapatan yang dicuri. 9. Adakah mereka melaporkan kepada polis. 10. Saya difahamkan semua perniagaan penjenayah terancang ini telah ditutup. 11. Apakah yang berlaku kepada pekerja? 12. Adakah mereka kehilangan pekerjaan dan gaji mereka. 13. Atau adakah Kerajaan menjaga mereka. 14. Saya menyokong penuh tindakan polis terhadap penjenayah terancang ini. Nampaknya mereka beroperasi di dua puluh negara lain. 15. Laporan itu mengatakan polis telah meminta negara-negara ini untuk bertindak terhadap penjenayah terancang ini. 16. Apakah kerjasama yang ditunjukkan oleh polis negara-negara tersebut? 17. Adakah mereka telah menghantar balik penjenayah tersebut ke Malaysia? 18. Atau adakah mereka telah menangkap penganjur jenayah ini. 19. Saya hairan. 20. Ada sesiapa yang boleh memberikan kefahaman kepada saya.

– DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...