JDT lantik Luis Garcia sebagai CEO bermula 1 April

JOHOR BAHRU: Kelab gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melantik pemenang Liga Juara-Juara Eropah dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 April depan.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, pelantikan itu dilakukan berikutan penstrukturan bagi memperkuat serta memaksimumkan kepakaran dalam bidang pengurusan kelab.

“Bekas pemain Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid itu juga memegang Lesen Pro UEFA dan Sarjana Eksekutif UEFA untuk pemain antarabangsa, sebagai tambahan kepada peranan duta yang pernah dipegangnya untuk FIFA, UEFA dan LaLiga.

“Penstrukturan semula itu juga menyaksikan Alistair Edwards kini menggalas dua peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) baharu dan Pengarah Teknikal kelab.

“Jawatan tersebut pernah disandang oleh bekas legenda antarabangsa Australia dan Johor dari 2017 hingga 2022, di mana beliau mencatatkan pembangunan belia dan membentuk kejayaan Akademi JDT,” menurut kenyataan tersebut.

— BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...