Jangan usik! BN sedia cabar DAP Melaka, kata Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 9 MEI — Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyerahkan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu. 

Ketua Pemuda UMNO itu berkata BN yang ketika ini mendominasi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama sekali tidak akan menyerahkan kerusi kepada Pakatan Harapan (PH).  

“Kali ini, senang-senang saja [mereka] hendak kerusi yang kami sudah menang. BN tidak akan sama sekali memberikannya kepada PH.

“Jika hendak juga, kita bertanding di tempat yang sama, mudah saja. Untuk beri kamu, tidak sama sekali dan boleh teruskan bermimpi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas laporan akhbar berbahasa Cina.

Akhbar itu mendakwa sembilan cawangan DAP Melaka meluluskan Resolusi Strategi 14 BN dan 14 PH pada PRN Melaka akan datang.

Sembilan cawangan itu mendakwa BN dan PH perlu mengagihkan kerusi secara adil bagi menjunjung semangat kerjasama dalam kerajaan campuran.

Katanya, usul itu bagi memperkukuh mandat rakyat dan memastikan wakil rakyat yang dipilih mencerminkan kehendak pengundi selain mengukuhkan kestabilan politik.

Melaka mempunyai 28 DUN dengan 21 kawasan dimenangi BN, lima PH dan dua Perikatan Nasional (PN).

PRN Melaka perlu diadakan selewat-lewatnya pada November tahun depan.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...