Jangan ponteng, hargai jasa guru, pesan Fadhlina

KUALA LUMPUR, 16 MEI — Menteri Pendidikan menggesa semua murid terus hadir ke sekolah dan menghargai pengorbanan guru yang mendidik mereka selama ini.

Fadhlina Sidek berkata guru menunjukkan usaha yang gigih dalam mendidik dalam memastikan pelajar menjadi insan yang berguna.

“Saya titipkan nasihat kepada mereka untuk memastikan kehadiran ke sekolah. Pesan saya, jangan lupa zahirkan penghargaan dan terima kasih buat semua guru.

“Guru yang gigih mendidik mereka untuk menjadi insan yang berguna. Selamat Hari Guru semua. Terima kasih cikgu!” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas sambutan Hari Guru yang diraikan hari ini. 

Fadhlina semalam mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sebuyau di Sarawak bagi memperkasakan sistem pendidikan luar bandar.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...