Jangan masuk politik, detak hati ibu Syed Saddiq

Oleh Kamil Awang 

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lima tahun perjuangan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membersihkan namanya memberi kesan kepada ibunya. 

Sharifah Mahani Syed Abdul Rahman berkata tempoh berkenaan membuatkannya terfikir untuk berpesan kepada Syed Saddiq untuk meninggalkan dunia politik. 

“Kadangkala seorang ibu hati berdetak hendak berkata kepada anaknya ‘sudahlah jangan buat lagi. Jangan masuk politik kerana keadaan susah sangat. Ramai tidak beri kerjasama’.

“Tetapi syukur Alhamdulillah Syed Saddiq dikelilingi orang yang menyayanginya. Semangatnya kuat untuk rakyat dan Malaysia. Tidak kira apa bangsa dan agama,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita mengulas keputusan Mahkamah Rayuan di sini hari ini yang menolak hukuman Mahkamah Tinggi dua tahun lalu.  

Katanya, lima tahun bukan tempoh yang singkat kerana ia dipenuhi dengan cabaran dan dugaan selain mendapat pertolongan Allah.  

“Maka sebagai seorang ibu saya diamanahkan untuk memastikan perjuangannya berjaya. Doakanlah mudah-mudahan Syed Saddiq dapat berjuang untuk rakyat. 

“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mendoakan supaya Allah memberikan hidayah kepada mereka. Hidup ini sementara bukan selamanya. 

“Jangan aniaya orang lain kelak balasannya bukan saja di akhirat tetapi di dunia lagi. Namun saya maafkan mereka atas penganiayaan yang dilakukan ke atas anak saya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...