JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini. 

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia sebagai usaha memohon pertolongan Allah menolak rayuan Sister In Islam (SIS) di Mahkamah Persekutuan.   

“SIS mencabar fatwa di Mahkamah Tinggi pada 2020 dan kemudiannya ke Mahkamah Rayuan yang secara majoriti panel hakim menolak rayuan tersebut pada 14 Mac 2023.

“Gagal di Mahkamah Rayuan, SIS membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk mencabar keabsahan fatwa. 

“Kes rayuan berkenaan akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 19

Jun ini,” katanya menerusi satu pekeliling kepada semua masjid dan surau di Selangor. 

Mohd Shahzihan berkata semua masjid dan surau di Selangor dimohon untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan Allah.

Katanya, semoga dengan ibadah berkenaan, kesucian agama Islam akan terus terpelihara dengan rayuan SIS di Mahkamah Persekutuan akan ditolak. 

“Sebagaimana dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semua pentadbir masjid dan surau Jumaat dikehendaki mengadakan solat hajat. 

“Selepas selesai melaksanakan solat fardhu Jumaat pada hari ini dan minggu depan. Imam yang bertugas boleh merujuk doa yang disertakan dalam lampiran,” katanya. 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Ogos 2020 menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor.

Jawatankuasa berkenaan mengisytiharkan SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan ketika itu memutuskan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah.

Katanya, isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...